awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi sahkan pemulihan kapasiti talian paip utama
Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh ketika pakai kasut di depan surau sekolah
Polis kesan pemandu langgar anggota trafik hingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran nafi dakwaan sasar pangkalan Diego Garcia dengan peluru berpandu

Bernama
Bernama
23/03/2026
10:18 MYT
Iran nafi dakwaan sasar pangkalan Diego Garcia dengan peluru berpandu
Diego Garcia merupakan satu daripada dua pangkalan yang dibenarkan UK untuk digunakan oleh AS sebagai sebahagian daripada kempen ketenteraan berterusan terhadap Iran. - Gambar fail/ Reuters
Iran pada Isnin menafikan dakwaan bahawa ia menyasarkan sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS)-United Kingdom (UK) di Diego Garcia dengan peluru berpandu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baqaei dalam satu kenyataan di platform media sosial X berkata bahawa tuduhan terbaharu itu tidak mempunyai kredibiliti dan mencerminkan corak “maklumat palsu”.
“Setiausaha Agung NATO (Mark Rutte) sendiri enggan menyokong maklumat palsu terbaharu Israel sudah cukup menggambarkan bahawa dunia semakin muak dengan naratif "bendera palsu" yang lapuk dan tidak lagi dipercayai ini,” tulis beliau.
Penafian itu dibuat selepas Rutte berkata perikatan berkenaan “tidak dapat mengesahkan” dakwaan Israel bahawa peluru berpandu yang menyasarkan Diego Garcia ialah peluru berpandu balistik antara benua milik Iran.
Pada Jumaat, Wall Street Journal melaporkan bahawa dua peluru berpandu balistik jarak sederhana telah dilancarkan ke arah pangkalan berkenaan, namun kedua-duanya tidak mengenai sasaran.
Pentagon tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan Anadolu untuk mendapatkan komen.
Diego Garcia merupakan satu daripada dua pangkalan yang dibenarkan UK untuk digunakan oleh AS sebagai sebahagian daripada kempen ketenteraan berterusan terhadap Iran.
Insiden yang dilaporkan itu menarik perhatian kerana Diego Garcia terletak kira-kira 4,000 kilometer (2,485 batu) dari Iran, iaitu dua kali ganda daripada had jarak peluru berpandu Iran yang didakwa ditetapkan sendiri oleh Tehran sebanyak 2,000 kilometer.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Perang Iran-Israel 2026
#Konflik Timur Tengah Terkini
#Diego Garcia
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan