awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS disokong sentimen berhati-hati
UMNO Kelantan batal rumah terbuka, sokong saranan berjimat cermat PM
Trump beri amaran kepada NATO, desak China bantu buka semula Selat Hormuz - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran umum tempoh berkabung 40 hari susulan kematian Ayatollah Ali Khamenei

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/03/2026
02:12 MYT
Iran umum tempoh berkabung 40 hari susulan kematian Ayatollah Ali Khamenei
Ayatollah Ali Khamenei melambai pada satu pertemuan dengan pelajar di Tehran, Iran, 2 Nov 2024. - Gambar fail/Pejabat Pemimpin Tertinggi Iran/REUTERS
Iran mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama 40 hari susulan kematian Pemimpin Tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, menurut pengumuman media kerajaan pada Ahad.
Media rasmi melaporkan tempoh berkabung itu akan disertai dengan upacara penghormatan di seluruh negara, termasuk majlis doa, perhimpunan awam dan penghormatan rasmi oleh pemimpin politik serta ketenteraan.
Sepanjang tempoh tersebut, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di bangunan kerajaan, manakala program rasmi dan acara tertentu dijangka ditangguhkan sebagai tanda penghormatan kepada pemimpin tertinggi berkenaan.
Pengumuman itu dibuat selepas media kerajaan Iran mengesahkan Khamenei terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan oleh Israel dan Amerika Syarikat, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan politik dalaman negara itu.
Khamenei memegang jawatan Pemimpin Tertinggi sejak 1989 dan merupakan tokoh paling berkuasa dalam sistem pemerintahan Iran, dengan pengaruh langsung terhadap dasar politik, keselamatan dan ketenteraan negara tersebut.
Topic Berkaitan
#Ayatollah Ali Khamenei
#Israel-AS serang Iran
#berkabung
#bendera separuh tiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan