awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis

Bernama
Bernama
22/03/2025
03:45 MYT
Isi borang balik kampung, cegah kes jenayah - Polis
Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan. - Foto fail/BERNAMA
KUANTAN: Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Zahari Wan Busu berkata menerusi borang pemakluman itu, pihaknya dapat mengenal pasti kediaman ditinggalkan bagi melaksanakan usaha pencegahan jenayah.
"Tiada kes jenayah direkodkan ketika cuti perayaan tahun lepas bagi mereka yang menghantar borang pemakluman balik kampung kepada polis di daerah ini.
"Setakat ini sebanyak 200 borang pemakluman balik kampung telah diedarkan dan kita harap orang ramai yang ingin pulang beraya ke kampung masing-masing mengisi borang berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan kempen pencegahan jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini malam tadi.
Wan Zahari memaklumkan rondaan di kediaman yang ditinggalkan akan ditingkatkan sepanjang tempoh ditinggalkan melalui pemakluman yang diterima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isi borang
#balik kampung
#Aidilfitri
#cegah jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan