awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri adakan lawatan kerja ke UAE dari 26 hingga 29 Sept

Bernama
Bernama
25/09/2022
03:39 MYT
Ismail Sabri adakan lawatan kerja ke UAE dari 26 hingga 29 Sept
Lawatan Perdana Menteri ke UAE akan turut diiringi Timbalan Menteri Luar dan pegawai kanan kerajaan. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 26 hingga 29 Sept.
Sempena lawatan itu beliau dijadual bertemu Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, di Istana Presiden di Abu Dhabi.
Pertemuan itu adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin sejak Sheikh Mohamed dilantik sebagai Presiden UAE pada 14 Mei lalu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan agenda perbincangan utama antara kedua-dua pemimpin termasuk meneroka bidang kerjasama berpotensi bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin dalam pelbagai bidang antara Malaysia dan UAE.
Antara bidang tumpuan baharu ialah ekonomi digital, keselamatan makanan, pendigitalan pendidikan, tenaga boleh baharu serta penyertaan Malaysia dalam Program Legasi 5-Tahun.
Kedua-dua pemimpin juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama dan Ummah.
Ismail Sabri juga akan melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dengan fokus utama ialah prospek kerjasama antara ADNOC dan PETRONAS dalam bidang minyak dan gas serta tenaga boleh baharu, menurut kenyataan itu.
Pada 2021, UAE merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan sumber import kedua terbesar dalam kalangan negara Asia Barat. Untuk tahun 2021, jumlah dagangan Malaysia dengan UAE meningkat 7.9 peratus kepada RM22.29 bilion (US$5.38 bilion) daripada RM20.65 bilion (US$4.93 bilion) pada 2020.
Perdana Menteri akan diiringi Timbalan Menteri Luar dan pegawai kanan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#UAE
#lawatan rasmi
#Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan