awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan gesa AS, Iran terus patuhi gencatan senjata selepas rundingan berakhir tanpa persetujuan
Konflik Asia Barat: Saluran diplomasi kekal terbuka meskipun rundingan gagal - Kementerian Luar Iran
Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tidak bersalah culik lelaki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri tegaskan tidak pernah rayu parti politik untuk terus jadi PM

Bernama
Bernama
08/04/2022
04:23 MYT
Ismail Sabri tegaskan tidak pernah rayu parti politik untuk terus jadi PM
Ismail Sabri menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalkan sokongan mereka terhadapnya supaya terus menjadi Perdana Menteri.
Perkara itu dinyatakan Ismail Sabri, 62, selaku plaintif bagi menjawab pembelaan yang difailkan oleh pemilik Agenda Daily Media Enterprise Muhamad Izwan Mohd Zubit, yang disaman berhubung penerbitan artikel bertajuk 'Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, 'rayu' jangan tarik sokongan' yang didakwa memfitnah perdana menteri.
Ismail Sabri mendakwa beliau percaya bahawa Muhamad Izwan tidak hadir pada ceramah yang diadakan di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera pada 29 Jan lepas.
"Dalam ceramah itu, saya telah memberi ucapan yang dirujuk oleh berita-berita yang diterbit oleh surat khabar tempatan. Pada masa material sebelum penerbitan artikel itu, defendan tidak menghubungi saya untuk mendapatkan pengesahan atau penjelasan berkenaan dengan ucapan di konvensyen berkenaan.
"Sebaliknya, defendan telah secara melulu merujuk kepada artikel-artikel yang diterbit oleh surat khabar tempatan semasa menerbitkan artikel itu yang mengandungi kenyataan-kenyataan fitnah terhadap saya," kata Ismail Sabri di dalam jawapan kepada pembelaan itu yang difailkan pada 6 April.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#Agenda Daily Media Enterprise
#Muhamad Izwan Mohd Zubit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan