awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAC: Jojo terlalu ampuh! Jun Hao kandas pusingan pertama
Segerakan kerangka tindak balas nasional di Parlimen - Howard Lee
PKB jalin kerjasama strategik penerbitan digital bersama syarikat India, Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel dakwa Menteri Perisikan Iran Esmail Khatib terbunuh dalam serangan

Astro AWANI
Astro AWANI
18/03/2026
10:49 MYT
Israel dakwa Menteri Perisikan Iran Esmail Khatib terbunuh dalam serangan
Dakwaaan terbaharu itu dibuat menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, yang jika disahkan, bakal menjadikan Esmail Khatib (foto) sebagai pemimpin kanan ketiga Iran yang maut dalam siri serangan udara disasarkan di Tehran dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail/A
Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz, mendakwa bahawa Menteri Perisikan Iran, Esmail Khatib, telah terkorban dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel malam tadi.
Dakwaan terbaharu itu dibuat menerusi satu kenyataan rasmi hari ini, yang jika disahkan, bakal menjadikan Esmail Khatib sebagai pemimpin kanan ketiga Iran yang maut dalam siri serangan udara disasarkan di Tehran dalam tempoh 24 jam, lapor Al Jazeera.
Terdahulu, Iran mengesahkan kematian Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Ali Larijani, dan Komander unit Basij, Gholamreza Soleimani.
Setakat ini, pihak berkuasa Iran masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan pembunuhan menteri perisikan berkenaan.
Esmail Khatib merupakan watak utama dalam struktur keselamatan Iran yang bertanggungjawab terhadap operasi risikan domestik dan antarabangsa serta keselamatan dalaman republik itu.
Siri serangan yang menyasarkan rantaian kepimpinan tertinggi Iran ini dilihat sebagai usaha berterusan pakatan Amerika Syarikat-Israel untuk melumpuhkan pusat arahan dan kawalan Tehran di tengah-tengah konflik bersenjata yang semakin meruncing.
Situasi di ibu negara Iran dilaporkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi ketika upacara pengebumian Ali Larijani dan Gholamreza Soleimani yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Topic Berkaitan
#Iran
#Esmail Khatib
#Israel Katz
#serangan udara Israel
#konflik Asia Barat
#Ali Larijani
#gholamreza soleimani
#risikan Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan