awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan
AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran
Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS - Data
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel didakwa godam aplikasi waktu solat Iran, gesa tentera menyerah

Astro AWANI
Astro AWANI
02/03/2026
03:31 MYT
Israel didakwa godam aplikasi waktu solat Iran, gesa tentera menyerah
Aplikasi tersebut dilapor telah digodam untuk menghantar notifikasi dalam bahasa Parsi yang menggesa anggota keselamatan Iran meletak senjata. -Foto Amanz
Situasi di Asia Barat semakin meruncing susulan laporan serangan siber besar-besaran yang menyasarkan infrastruktur digital Iran, termasuk aplikasi waktu solat popular, BadeSaba.
Aplikasi tersebut dilapor telah digodam untuk menghantar notifikasi dalam bahasa Parsi yang menggesa anggota keselamatan Iran meletak senjata.
Mesej berkenaan turut mengajak mereka menyertai "pasukan pembebasan" dengan tawaran pengampunan.
Selain aplikasi, laman web rasmi BadeSaba serta beberapa portal kerajaan dan media Iran turut mengalami gangguan serupa. Penganalisis keselamatan siber menyifatkan gelombang serangan ini sebagai strategi untuk melumpuhkan koordinasi respons Tehran.
Sejurus selepas insiden itu, pemantau bebas melaporkan gangguan internet besar-besaran di Iran, dengan tahap ketersambungan merosot drastik sehingga 4 peratus daripada paras normal.
Meskipun laporan mengaitkan operasi siber ini dengan pihak Israel, namun setakat ini tiada pengesahan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#serangan siber
#aplikasi digodam
#BadeSaba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan