awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran

Astro AWANI
Astro AWANI
01/03/2026
08:57 MYT
Israel lancar serangan udara besar-besaran ke atas Tehran
Rakaman dan laporan media antarabangsa menunjukkan beberapa letupan kuat dan kepulan asap tebal menjulang dari kawasan utama di Tehran, dipercayai berhampiran kompleks kementerian dan kemudahan keselamatan negara. -Foto AP
Tentera Israel mengesahkan telah melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas beberapa kawasan strategik di Tehran susulan operasi ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS).
Dalam satu kenyataan di saluran Telegram, tentera Israel mendakwa serangan tersebut bertujuan menembusi pertahanan udara Iran serta melemahkan pusat kawalan penting negara itu.
Rakaman dan laporan media antarabangsa menunjukkan beberapa letupan kuat dan kepulan asap tebal menjulang dari kawasan utama di Tehran, dipercayai berhampiran kompleks kementerian dan kemudahan keselamatan negara.
Agensi berita IRNA turut melaporkan siri letupan yang menggegarkan sebahagian besar bandar raya itu, termasuk persimpangan Seyyed Khandan dan Qasr, Dataran Vanak, serta Jalan Motahari.
Bunyi dentuman kuat daripada serangan peluru berpandu dan jet pejuang itu mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk bandar raya tersebut ketika waktu puncak.
Pihak berkuasa tempatan sedang berusaha menilai tahap kerosakan dan jumlah kemalangan jiwa di kawasan yang padat dengan pejabat pentadbiran dan premis komersial itu.
Serangan ke atas pusat pemerintahan dan aset keselamatan Iran itu dilihat sebagai antara peningkatan serangan paling serius sejak konflik tercetus semula.
Pihak keselamatan Iran dilapor memperketatkan kawalan di seluruh ibu kota bagi melindungi infrastruktur kritikal serta bersiap menghadapi kemungkinan serangan susulan.
Siren amaran pertahanan udara turut dilaporkan berbunyi di beberapa zon sebagai langkah berjaga-jaga.
Keadaan di Tehran kekal tegang dengan siren amaran terus berbunyi, sementara dunia memerhatikan dengan penuh kebimbangan akan kemungkinan berlakunya perang berskala penuh di rantau Asia Barat.
Topic Berkaitan
#Tehran
#Israel
#Iran
#serangan udara
#konflik Asia Barat
#operasi ketenteraan AS-Israel
#IRNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan