awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS disokong sentimen berhati-hati
UMNO Kelantan batal rumah terbuka, sokong saranan berjimat cermat PM
Trump beri amaran kepada NATO, desak China bantu buka semula Selat Hormuz - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel-AS serang Iran: 'Letak senjata atau tempah maut' - Trump

Astro AWANI
Astro AWANI
28/02/2026
09:25 MYT
Israel-AS serang Iran: 'Letak senjata atau tempah maut' - Trump
Trump mendakwa operasi ketenteraan di Iran dilakukan demi kepentingan jangka panjang, walaupun mengakui berdepan risiko kehilangan nyawa anggota tentera Amerika Syarikat. - Foto/ Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump memberi kata dua kepada Iran, sama ada meletak senjata atau menempah maut.
Trump berkata demikian menerusi satu perkongsian video di platform Truth Social, ketika mengumumkan operasi ketenteraan besar-besaran di Iran hari ini.
Beliau menegaskan tidak akan sama sekali membenarkan Iran memiliki senjata nuklear.
"Kami mahu memusnahkan angkatan laut mereka. Kami akan memastikan proksi pengganas di rantau itu tidak lagi mampu menggugat kestabilan serantau atau dunia.
"Mereka sebelum ini menggunakan IED atau bom tepi jalan yang telah mencederakan dan membunuh ribuan orang, termasuk ramai rakyat AS.
"Kami akan memastikan Iran tidak memperoleh senjata nuklear. Mesejnya sangat mudah, mereka tidak akan pernah memiliki senjata nuklear,” dakwa Trump dengan nada angkuh.
Menurut Trump, operasi ketenteraan di Iran dilakukan demi kepentingan jangka panjang, walaupun mengakui berdepan risiko kehilangan nyawa anggota tentera AS.
“Nyawa wira AS mungkin terkorban, itu sering berlaku dalam peperangan, tetapi kita melakukan ini untuk kemaslahatan sejagat, ini adalah misi yang mulia,” kata Trump lagi.
Trump menyeru anggota Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) dan angkatan keselamatan negara itu supaya meletakkan senjata, dengan janji imuniti akan diberikan kepada mereka yang berbuat demikian.
“Kami berulang kali cuba membuat perjanjian. Mereka (Iran) mahu melakukannya, kemudian tidak mahu melakukannya. Mereka tidak tahu apa yang berlaku, mereka hanya mahu melakukan kejahatan.
"Akhirnya Iran menolak, seperti yang dilakukannya sebelum ini selama beberapa dekad. Mereka menolak setiap peluang untuk meninggalkan cita-cita nuklear mereka, kini AS tidak boleh lagi bertolak ansur,” kata Trump.
Washington dan Tehran dilaporkan mengadakan beberapa siri rundingan dalam beberapa minggu kebelakangan ini berhubung program nuklear Iran.
Rundingan terbaharu berlangsung pada Khamis lalu, namun berakhir tanpa sebarang persetujuan dicapai.
Sebelum ini, Israel dan AS berulang kali memberikan amaran serangan lanjut akan dilancarkan sekiranya Iran terus mengembangkan program nuklear dan peluru berpandunya.
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat
#Donald Trump
#program nuklear Iran
#Tehran
#operasi ketenteraan
#Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan