awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes rasuah RM1 juta bina gelanggang skuasy, CEO badan berkanun direman 5 hari
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS-Israel serang lapangan terbang Mehrabad, fasiliti petrokimia di Tabriz

Bernama
Bernama
30/03/2026
05:33 MYT
AS-Israel serang lapangan terbang Mehrabad, fasiliti petrokimia di Tabriz
Serangan udara Amerika Syarikat-Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran dan fasiliti pengeluaran petrokimia di bandar barat laut Tabriz awal Isnin. -Foto Reuters
Serangan udara Amerika Syarikat-Israel menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad di Tehran dan fasiliti pengeluaran petrokimia di bandar barat laut Tabriz awal Isnin, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.
Televisyen negara Iran berkata beberapa lokasi di seluruh ibu negara telah diserang.
Menurut penyiar itu, serangan berkenaan turut menyasarkan cawangan Bank Negara Iran dan kilang kadbod di selatan bandar itu.
Secara berasingan, Agensi Berita Mehr melaporkan kawasan perumahan di utara Tehran telah diserang, menyebabkan beberapa orang cedera.
Sementara itu, Agensi Berita Fars melaporkan serangan AS-Israel menyasarkan unit pengeluaran petrokimia di Tabriz.
Ketua pengarah pengurusan krisis di wilayah Azerbaijan Timur, Majid Farshi, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di lokasi.
Farshi berkata keadaan terkawal dan tiada bahan berbahaya atau toksik yang bocor berikutan serangan itu.
AS dan Israel telah melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.
Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, mengakibatkan kecederaan dan kerosakan pada infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#serangan udara iran
#AS-Israel
#Mehrabad
#tabriz
#petrokimia Iran
#tehran diserang
#krisis asia barat
#ketegangan geopolitik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan