awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Perang AS-Iran hampir berakhir, kata Presiden Trump
Himpunan GARAH: Anwar, kerajaan dan lima lain diarah fail pembelaan sebelum 21 Mei
Speaker belum terima surat letak jawatan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Merdeka, Bangunan Sarinah antara 16 tapak warisan baharu di Jakarta

Bernama
Bernama
15/03/2026
04:13 MYT
Istana Merdeka, Bangunan Sarinah antara 16 tapak warisan baharu di Jakarta
Istana Merdeka yang dibina pada 1873 semasa era penjajahan Belanda berfungsi sebagai kediaman istiadat utama serta pejabat Presiden Indonesia, manakala Bangunan Sarinah yang dibuka pada 1966 atas inisiatif Presiden pertama Indonesia Sukarno, diiktiraf sec
Jakarta menambah 16 tapak termasuk Istana Merdeka, kediaman rasmi Presiden Indonesia, dan Bangunan Sarinah, gedung serbaneka moden pertama negara itu, ke dalam daftar warisan budayanya bagi membantu memelihara mercu tanda bersejarah di ibu negara berkenaan.
Ketua Pejabat Kebudayaan Jakarta Mochamad Miftahulloh Tamary berkata penetapan itu, yang dimuktamadkan melalui dekri gabenor yang dikeluarkan pada 2025, merangkumi 13 bangunan, dua struktur dan satu objek budaya.
Beliau berkata tapak berkenaan ditetapkan selepas penilaian oleh pasukan pakar warisan budaya yang menilai lokasi terbabit berdasarkan kepentingan sejarah, saintifik, pendidikan, keagamaan dan budaya.
“Penetapan ini mencerminkan komitmen kukuh kerajaan wilayah dalam melindungi, membangun dan memanfaatkan warisan budaya sebagai sebahagian daripada identiti serta aset berharga Jakarta,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau menambah bahawa penetapan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan daftar warisan budaya Jakarta kepada 322 objek, merangkumi 21 objek budaya, 266 bangunan, 31 struktur, dua tapak serta dua kawasan warisan yang ditetapkan di seluruh bandar itu.
Istana Merdeka yang dibina pada 1873 semasa era penjajahan Belanda berfungsi sebagai kediaman istiadat utama serta pejabat Presiden Indonesia, manakala Bangunan Sarinah yang dibuka pada 1966 atas inisiatif Presiden pertama Indonesia Sukarno, diiktiraf secara meluas sebagai gedung serbaneka moden pertama negara itu.
Antara bangunan warisan yang baru ditetapkan termasuk Hospital PGI dan gereja kecilnya di Cikini, Gereja Anglikan Indonesia, Gereja Katolik Santa Theresia, bangunan Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya di Jakarta Barat, selain Menara Air Balai Yasa Manggarai dan Bangunan Nusantara, kata Mochamad Miftahulloh.
Institusi pendidikan seperti Sekolah Menengah Pertama Negeri 3 Jakarta dan Sekolah Rendah Negeri Gunung 05 Pagi turut disenaraikan.
Struktur yang baru ditetapkan itu turut merangkumi runtuhan Menara Martello dan makam Mohammad Hoesni Thamrin di Jakarta Pusat, manakala satu-satunya objek budaya yang ditambah ke dalam daftar ialah sebuah patung yang didedikasikan kepada penyair Indonesia Chairil Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Istana Merdeka
#Bangunan Sarinah
#tapak warisan
#gedung serbaneka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan