awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri bekas TYT Melaka, Mohd Khalil Yaakob meninggal dunia

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
18/08/2022
07:09 MYT
Isteri bekas TYT Melaka, Mohd Khalil Yaakob meninggal dunia
Majlis penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang berusia 78 tahun akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh pada pukul 3.30 petang ini. - Astro AWANI
MELAKA: Isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Melaka keenam, Tun Mohd Khalil Yaakob, dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.
Allahyarham Toh Puan Zurina Kassim menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.10 pagi tadi di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Majlis penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang berusia 78 tahun akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada pukul 3.30 petang ini.
Manakala majlis pengebumian pula akan berlangsung di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini selepas Solat Asar.
Yayasan Toh Puan Zurina di Pantai Peringgit yang mula beroperasi sepenuhnya kira-kira lapan tahun lalu menjadi saksi keprihatinnya terhadap rakyat Melaka termasuk penyediaan rawatan hemodialisis percuma pada tahun 2015 lalu.
Toh Puan dilahirkan pada 13 Julai 1944 di Duyong, Melaka dan mendirikan rumah tangga dengan Mohd Khalil ketika berusia 21 tahun pada 28 Februari 1965.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara itu, difahamkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemergian Allahyarham kepada media petang ini.
Topic Berkaitan
#Toh Puan Zurina Kassim
#meninggal dunia
#Mohd Khalil Yaakob
#isteri TYT Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan