awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri PM tidak terlibat uruskan Permata - Shahidan Kassim

Haider Yutim
Haider Yutim
10/06/2015
06:11 MYT
Isteri PM tidak terlibat uruskan Permata - Shahidan Kassim
Shahidan berkata, Rosmah telah berjaya menempatkan program Permata ke tahap yang tinggi sehingga mendapat pengiktirafan luar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memaklumkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan dasar yang melibatkan program Permata.
Katanya, sebagai penaung, peranan Rosmah tidak meliputi urusan pentadbiran, kewangan, pengurusan serta hal lain yang melibatkan peruntukan kuasa tertentu yang hanya diberikan kepada penjawat awam sahaja.
Bagaimanapun, menurut Shahidan, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah berjaya menempatkan program Permata ke tahap yang tinggi sehingga mendapat pengiktirafan luar terutama sekali dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
“Datin Seri Rosmah selaku isteri kepada Perdana Menteri sebagai penaung adalah berdasarkan kepada kedudukannya yang dikenali di dalam dan luar negara, kredibiliti, pengaruh besar dan kecenderungan tinggi beliau dalam aspek pembangunan pendidikan kanak-kanak dan remaja,” katanya dalam satu kenyataan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau menjawab soalan dari Nga Kor Ming (DAP-Taiping) yang meminta kerajaan menjelaskan berapakah jumlah yang diperuntukan kepada program Permata sejak ianya mula dilancarkan dan setakat ini apakah pencapaiannya.
Selain itu, Kor Ming juga menanyakan tentang apakah peranan yang dipikul oleh Rosmah dalam program tersebut.
Mengulas lanjut, Shahidan berkata sejak tahun 2008, jumlah peruntukan yang disalurkan telah meliputi peruntukan mengurus, pembangunan serta projek ransangan ekonomi.
“Walau bagaimanapun, sebahagian besar peruntukan tersebut telah disalurkan kepada agensi-agensi seperti KEMAS, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan lain-lain agensi yang turut melaksanakan program Permata dalam skala lebih besar,” katanya.
Menurut beliau, bagi tahun 2015, bahagian Permata telah menerima peruntukan berjumlah RM51,248,399 dan petuntukan itu digunakan untuk menguruskan 88 buah Pusat Anak Permata Negara (PAPN).
Katanya lagi, peruntukan itu juga digunakan bagi pembayaran emolumen tenaga pendidik, melaksanakan Program Permata Pintar, Permata Insan, Permata Seni, Perkasa Remaja dan Permata Kurnia.
Tambah Shahidan, peruntukan sebanyak RM4,037,500 juga adalah bagi pembinaan lima PAPB baharu.
Topic Berkaitan
#isteri Perdana Menteri
#Najib Razak
#Permata
#Rosmah Mansor
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan