awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini

Bernama
Bernama
22/02/2024
01:10 MYT
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib Mahmud hari ini
Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian Allahyarham Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
KUCHING: Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.
Pagi ini, jenazah Allahyarham Abdul Taib akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi istiadat penghormatan negeri.
Istiadat yang berlangsung di Atrium, DUN Sarawak itu akan bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif-dif kenamaan dan ahli Kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri itu.
Solat jenazah dijadual akan diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.
Abdul Taib, 87, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Taib Mahmud
#Taib Mahmud meninggal dunia
#penghormatan negeri
#Demak Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan