awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Baitulmaqdis: Hubungan diplomatik dengan AS tidak terjejas - PM Najib

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
09/12/2017
09:24 MYT
Isu Baitulmaqdis: Hubungan diplomatik dengan AS tidak terjejas - PM Najib
Datuk Seri Najib berkata hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat tidak akan terjejas berikutan isu pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis. - BERNAMA
Hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Amerika Syarikat tidak akan terjejas berikutan isu pemindahan ibu negara Israel ke Baitulmaqdis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana kerjasama masih lagi terjalin dalam hal-hal lain tetapi berkaitan hal Baitulmaqdis, Malaysia akan tetap pegang pada prinsipnya.
"Prinsip kita tidak boleh terima perkara ini kerana ia bertentangan dengan apa yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Selain itu, perkara ini juga akan menyulitkan two-state solution," katanya pada dalam sidang media selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Di samping itu, menurut Datuk Seri Najib, perkara ini akan membawa kepada ketegangan dan pertumpahan darah sekiranya tidak dibendung.
"Difahamkan, bukan sahaja orang Islam marah mengenai perkara ini tetapi orang agama lain seperti Kristian juga tidak senang hati dengan pengumuman tersebut.
"Di Eropah pun, hampir semua tidak setuju mengenai perkara ini. Maknanya, bukan sahaja negara Islam tidak setuju tetapi pandangan itu turut dikongsi negara bukan Islam," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Baitulmaqdis
#Donald Trump
#Israel
#Najib Razak
#PAU 2017
#UMNO
#UMNO 4 0
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan