awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
Iran sahkan lebih 3,300 terkorban sepanjang konflik enam minggu
Sultan Mizan berkenan terima menghadap Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu "countdown" tuntutan 40 peratus hasil Sabah tidak wajar dipolitikkan - Jerry Ambuting

Astro AWANI
Astro AWANI
23/03/2026
03:41 MYT
Isu "countdown" tuntutan 40 peratus hasil Sabah tidak wajar dipolitikkan - Jerry Ambuting
Rundingan berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijalankan melalui saluran rasmi termasuk platform Jawatankuasa Teknikal Majlis Perunding MA63, yang memerlukan penelitian mendalam serta pertimbangan undang-undang dan fiskal. - Gambar hiasan
Bekas Presiden Kehormat Persatuan Ahli-Ahli Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Negeri Sabah Datuk Jerry Ambuting Mohd Said berkata kenyataan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau mengenai isu “countdown” tuntutan 40 peratus hasil Sabah tidak mencerminkan keseluruhan proses rundingan yang sedang berjalan.

Beliau menegaskan isu itu tidak wajar dipolitikkan kerana rundingan masih berlangsung di peringkat teknikal dan dasar manakala kenyataan terbuka seperti itu berpotensi menimbulkan salah faham dalam kalangan rakyat.

Jerry Ambuting berkata rundingan berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijalankan melalui saluran rasmi termasuk platform Jawatankuasa Teknikal Majlis Perunding MA63, yang memerlukan penelitian mendalam serta pertimbangan undang-undang dan fiskal.

“Proses rundingan turut mengambil kira pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan negara serta kepentingan bersama antara Persekutuan dan Sabah. Ia tidak boleh diselesaikan secara tergesa-gesa semata-mata untuk memenuhi tekanan tempoh masa.

“Menghormati keputusan mahkamah adalah penting namun pada masa sama, semua pihak perlu memberi ruang kepada proses rundingan yang matang, teliti dan berasaskan fakta bukannya persepsi,” katanya.

Terdahulu, Madius menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan ketiadaan perkembangan rundingan susulan keputusan mahkamah yang menetapkan tempoh 180 hari untuk memuktamadkan perkara itu, dengan tempoh berkenaan dijangka berakhir pada 15 April ini.

Jerry Ambuting menegaskan Madius yang pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Kerajaan Persekutuan serta Timbalan Ketua Menteri Sabah sepatutnya lebih memahami kerumitan proses rundingan antara kedua-dua pihak.

“Beliau seharusnya arif bahawa rundingan yang melibatkan kepentingan fiskal, perundangan dan dasar memerlukan masa serta perbincangan di pelbagai peringkat, bukan hanya dinilai berdasarkan kenyataan terbuka,” katanya.

Beliau turut menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan jaminan jelas mengenai komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu berkaitan hak Sabah termasuk tuntutan 40 peratus hasil negeri, selaras dengan semangat Perlembagaan dan MA63.

Sehubungan itu, Jerry Ambuting menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dalam mengulas isu berkepentingan negeri serta mengutamakan pendekatan konstruktif bagi memastikan tuntutan hak Sabah dapat direalisasikan secara berkesan dan berlandaskan lunas undang-undang.

-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jerry Ambuting Mohd Said
#MA63
#Wilfred Madius Tangau
#tuntutan 40 peratus
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan