awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu etnik Rohingya: Rakyat diminta bertenang, polis sedang siasat - Ismail Sabri

Isabelle Leong
Isabelle Leong
27/04/2020
07:57 MYT
Isu etnik Rohingya: Rakyat diminta bertenang, polis sedang siasat - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata kedatangan pelarian Rohingya ke negara ini bukan perkara baharu tetapi sebelum ini tidak timbul sebarang isu mengenai mereka. - Gambar fail.
Semua pihak diminta bertenang dan memberi peluang kepada pihak berkuasa menyiasat semua isu berkaitan pelarian Rohingya, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mengulas pertanyaan media mengenai isu itu beliau berkata keadaan yang berlaku ketika ini terutama sentimen negatif terhadap etnik berkenaan agak menghairankan kerana tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Ini menghairankan pihak berkuasa terutamanya pihak polis kerana akhir-akhir ini banyak berita di media sosial yang dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan terhadap mereka.
“Pihak polis sedang menyiasat perkara ini sebab ada juga yang menganggap sesetengah video dan rakaman audio itu (mengenai dakwaan dan tuntutan dibuat oleh etnik itu di negara ini) adalah palsu atau tidak benar.
"Tiada sesiapa yang boleh menentukan kesahihan video ini kecuali polis," katanya pada sidang media harian pada Isnin.
Sebelum ini, tular beberapa klip rakaman video, audio dan berita di media sosial membabitkan pelarian Rohingya termasuk dakwaan mereka membuat tuntutan tertentu, sekali gus mencetuskan kemarahan segelintir rakyat negara ini.
“Jadi pihak polis sekarang menyiasat video, audio dan segala berita yang berkaitan dengan pelarian Rohingya ini,” katanya.
BACA: Sentimen ke atas pelarian Rohingya semasa ancaman COVID-19 di Malaysia
BACA: Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kedatangan pelarian Rohingya ke negara ini bukan perkara yang baharu tetapi sebelum ini tidak timbul sebarang isu mengenai mereka.
“Tetapi akhir-akhir ini, sewaktu Perintah Kawalan Pegerakan (PKP), isu ini menjadi besar. Sebelum ini tidak timbul isu ini kerana kedatangan pelarian Rohingya mendapat simpati daripada kita kerana kita mendengar mereka dibunuh dengan kejam, dibakar hidup-hidup dan sebagainya.
“Semua rakyat tolong bertenang dan jangan timbulkan isu yang membangkitkan kemarahan dan mencetuskan sesuatu yang tidak diingini.
“Malaysia negara yang aman dan terkenal sebagai negara yang amat bertimbang rasa kepada sesiapa sahaja yang berada di bumi Malaysia ini,” kata beliau lagi.
BACA: Jangan hanya harapkan Malaysia, semua negara ASEAN perlu bantu Rohingya
BACA: Etnik Rohingya : Apa isunya?
Topic Berkaitan
#audio
#berita
#ismail sabri yaakob
#kekal tenang
#Malaysia
#media sosial
#pelarian
#pelarian Rohingya
#polis
#rakyat
#Siasat
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan