awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak turun bawah US$100 setong didorong rundingan gencatan senjata
Krisis Asia Barat: Tiada keperluan TLDM iring kapal tangki Malaysia di Selat Hormuz
Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu KWSP jadi topik hangat sesi perbahasan sidang Parlimen

Bernama
Bernama
27/02/2023
22:45 MYT
Isu KWSP jadi topik hangat sesi perbahasan sidang Parlimen
Isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja masih menjadi topik hangat dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Memasuki minggu ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih menjadi topik hangat dalam sidang Dewan Rakyat, dengan Ahli-ahli Parlimen melontarkan pelbagai idea dan pandangan berhubung dana persaraan negara itu.
Semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 semalam, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) pada awalnya melahirkan kebimbangan mengenai fakta bahawa median simpanan ahli KWSP menyusut 50 peratus daripada RM16,600 pada tahun sebelum pandemik COVID-19 kepada RM8,100 pada 2022.
Lim berkata, lantaran itu kerajaan perlu mewujudkan perancangan jangka panjang yang beroperasi selari dengan KWSP bagi memastikan kehidupan persaraan rakyat tidak terancam kerana kekurangan jaminan wang persaraan kelak.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan mempelajari modul Dana Pencen Kerajaan Norway, khususnya daripada aspek pengurusan kekayaan hasil bumi dengan berkesan, yang membolehkan rakyat mendapat manfaat daripada dana pencen tersebut.
"Sekiranya kebanyakan keuntungan Petronas dikunci sedemikian dalam amanah (Dana Pencen Kerajaan) seperti diamalkan Norway, rakyat Malaysia (Malaysia) berkemungkinan memiliki aset bernilai USD1 trilion dan secara langsung menjamin masa depan rakyat yang berpencen," katanya.
Terdahulu, Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin turut menggesa kerajaan supaya membenarkan pengeluaran bersasar KWSP kepada golongan yang memerlukan dengan mencari satu mekanisme yang sesuai.
Turut menyentuh isu sama ialah Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran dana itu secara bersasar memandangkan situasi rakyat ketika ini yang semakin hari semakin terhimpit ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat.
"Pencarum KWSP ini datang daripada kelompok yang sekian lama mencarum dan menabung untuk masa depan, tetapi malangnya kesusahan datang lebih awal daripada tarikh persaraan. Sebab itu saya memohon supaya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara bersasar ini," katanya.
Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) pula berpendapat bahawa inisiatif kerajaan menambah caruman sebanyak RM500 untuk ahli KWSP berusia 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dilihat tidak memberikan impak kepada penerima.
"Pemberian RM500 itu bagus tetapi ia tidak memberi apa-apa impak kerana penerima hanya boleh gunakan wang itu selepas beberapa tahun," katanya.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#KWSP
#Hamzah Zainudin
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan