awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Laut China Selatan perlu dirunding dalam kalangan ASEAN terlebih dahulu - Hishammuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/11/2020
11:25 MYT
Isu Laut China Selatan perlu dirunding dalam kalangan ASEAN terlebih dahulu - Hishammuddin
Hishammuddin turut menzahirkan keyakinan bahawa kemenangan Biden pada pilihan raya tersebut tidak akan menjejaskan hubungan bilateral Malaysia-AS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Isu Laut China Selatan perlu diselesaikan terlebih dahulu dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN sebelum campur tangan geopolitik kuasa besar dunia.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perkara yang paling penting adalah untuk memastikan ASEAN berada di landasan yang betul supaya isu pertikaian Laut China Selatan dapat dirunding dengan baik biarpun terdapat campur tangan negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat (AS).
"Langkah pertama adalah berunding dengan kalangan ahli ASEAN. Dengan campur tangan AS dalam isu ini (isu Laut China Selatan), kita perlu melihat dahulu apa dasar pentadbiran baharu mereka serta apa pula pendirian negara kuasa besar lain di bahagian Utara," katanya dalam sidang media selepas menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 secara maya, di sini pada Selasa.
BACA: Suara 10 anggota ASEAN penting kekang COVID-19 - Hishammuddin
BACA: Longgar sempadan: Anwar akan jadi individu pertama salahkan kerajaan jika kes COVID-19 meningkat - Hishammuddin
BACA: Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC) bukti ASEAN masih relevan - Hishammuddin
Mengulas mengenai kemenangan calon Demokrat, Joe Biden pada pilihan raya presiden AS pula, Hishammuddin berkata ASEAN perlu memahami pentadbiran baharu negara Uncle Sam itu secepat mungkin.
"Adalah penting untuk melihat apa perkara yang kita boleh bersetuju dan tidak, dan mereka perlu mengetahui pendirian kita sama ada berhubung isu industri, ekonomi, keselamatan, serta hubungan geopolitik pertimbangan Laut China Selatan, misalnya," jelas beliau.
Hishammuddin turut menzahirkan keyakinan bahawa kemenangan Biden pada pilihan raya tersebut tidak akan menjejaskan hubungan bilateral Malaysia - AS.
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#China
#AS
#Amerika Syarikat
#ekonomi
#Malaysia
#ASEAN
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-37
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan