awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu MB Terengganu: Pas buat laporan polis terhadap portal berita

Bernama
Bernama
08/06/2021
15:07 MYT
Isu MB Terengganu: Pas buat laporan polis terhadap portal berita
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu Muhyiddin Abdul Rashid berkata laporan yang disiarkan itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencemar kredibiliti kepimpinan Ahmad Samsuri. - Gambar ihsan PAS
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu hari ini membuat laporan polis berhubung laporan sebuah portal berita yang mengulas tentang kedudukan Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang didakwa dalam situasi genting ketika ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Terengganu Muhyiddin Abdul Rashid berkata laporan yang disiarkan itu adalah fitnah dan berniat jahat untuk mencemar kredibiliti kepimpinan Ahmad Samsuri.
"Saya percaya ini dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan dan mencari sokongan politik murahan ketika kerajaan dan rakyat sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.
"Perbuatan fitnah ini hanya mahu menimbulkan prasangka buruk, mencetuskan keresahan masyarakat dan kebencian memuncak terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik," katanya yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada 4.02 petang tadi.
Muhyiddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu berharap siasatan dapat dijalankan secepat mungkin terhadap portal berita itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAS
#terengganu
#Menteri Besar
#Samsuri Ahmad Mokhtar
#lapor
#polis
#Portal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan