awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Iran putuskan diplomasi langsung dengan AS susulan ketegangan menjelang tarikh akhir Trump
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu pencerobohan Lahad Datu: Polis akan rekod keterangan Mohamaddin selepas PRN Sabah

Bernama
Bernama
24/09/2020
04:44 MYT
Isu pencerobohan Lahad Datu: Polis akan rekod keterangan Mohamaddin selepas PRN Sabah
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses rakaman percakapan itu mungkin dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. - Gambar fail/Astro AWANI
Polis akan merakam keterangan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bagi membantu siasatan susulan kenyataannya bahawa pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sandiwara.
Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, proses rakaman percakapan itu mungkin dilaksanakan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“Rakaman keterangan itu akan dilakukan pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman yang berada di Sabah kerana penugasan sempena PRN.
“Keterangannya akan diambil di negeri berkenaan apabila keadaan mengizinkan,” katanya kepada Bernama.
BACA: Mohamaddin dakwa pencerobohan Lahad Datu suatu sandiwara
Beliau berkata, beberapa saksi lain akan turut dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.
Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#jenayah
#Ketua Polis Negara
#Lahad Datu
#Malaysia Memilih
#Mior Faridalathrash Wahid
#Mohamaddin Ketapi
#Parti Warisan Sabah
#pilihan raya
#polis
#PRN Sabah
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan