awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR

Bernama
Bernama
27/01/2024
08:46 MYT
Isu penduduk Kg Setia Jaya, kerajaan masih tunggu cadangan boleh laksana kolej TAR
Dr Zaliha berkata pihaknya sudah berbincang dengan kolej TAR dan mereka bersetuju penduduk boleh terus tinggal di situ sehingga perkara berkaitan termasuk masalah penempatan diselesaikan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata pihaknya masih menunggu beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan daripada kolej Tunku Abdul Rahman (TAR) berkenaan penyelesaian isu penempatan penduduk Kampung Setia Jaya di Setapak.
Beliau berkata sebelum ini, pihaknya sudah berbincang dengan kolej TAR dan mereka bersetuju penduduk boleh terus tinggal di situ sehingga perkara berkaitan termasuk masalah penempatan diselesaikan.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kids Fest 2024, di sini hari ini.
Pada 19 Dis lepas, media melaporkan Mahkamah Tinggi memutuskan kira-kira 500 penduduk Kampung Setia Jaya untuk mengosongkan tanah yang mereka duduki itu dalam tempoh 18 bulan.
Susulan itu, Dr Zaliha telah mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan wakil penduduk Kampung Setia Jaya dan Yayasan Pendidikan TAR sebagai pemilik tanah bagi menyelesaikan isu berkenaan demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk.
Mengenai Kids Fest 2024, Dr Zaliha berkata penganjuran festival kanak-kanak yang buat julung kalinya itu bukan sahaja mampu menjadikan Putrajaya sebagai hab pelancongan malah sebagai hab animasi tempatan.
"Kewujudan festival ini sudah semestinya menyumbang kepada aspirasi Wilayah Persekutuan dalam mentransformasikan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai 'smart city' berteraskan pendigitalan," katanya.
Anjuran KRU Arena dan Universal Music Malaysia dengan sokongan Astro Radio, Kids Fest 2024 diadakan pada 27 hingga 28 Jan ini di Padang Semarak, Taman Wetland.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kampung Setia Jaya
#kolej TAR
#Zaliha Mustafa
#isu penempatan penduduk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan