awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
Pesawat bawa 55 penumpang terhempas di pesisir pantai Somalia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
11/02/2026
04:46 MYT
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
Adam Adli ketika berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka pada Rabu. - Foto KPT
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim menegaskan bahawa kritikan yang pernah dibangkitkan sebelum ini berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini diterjemahkan kepada dasar yang lebih bersasar dan ihsan, termasuk pelaksanaan pendidikan percuma secara berfasa dan kini fokus kepada golongan rentan.
Beliau berkata, Kerajaan MADANI sentiasa terbuka menerima kritikan dan tidak pernah menutup ruang wacana terhadap sebarang dasar atau polisi yang diperkenalkan.
“Usaha mencapai pendidikan percuma ini ‘unprecedented’. Setakat ini, 10,000 pelajar daripada golongan B40 mendapat pendidikan percuma dan 3,000 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menerima manfaat sama menerusi pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belanjawan 2026 dan di Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara.
“Kritikan adalah perkara yang kita bangkitkan dalam situasi yang kita nilai sebagai perlu dikritik. Termasuk hari ini, kita terima kritikan dan kita tidak tutup mana-mana ruang untuk sesiapa pun wacanakan setiap dasar dan polisi kerajaan,” katanya kepada media di Sekolah Kebangsaan Ayer Keroh, Melaka siang tadi.
Beliau menambah, kejayaan tersebut adalah hasil daripada kritikan dan desakan terdahulu yang kini membuahkan hasil dalam bentuk dasar yang lebih inklusif dan berfokus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Mengulas isu sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN, Adam Adli menegaskan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pendekatan ‘blanket policy’ seperti sebelum ini.
“Kita tidak setuju untuk sekat semua peminjam yang gagal buat bayaran balik. Itu bukan cara kita buat kerja. Sekatan hanya dikenakan kepada peminjam culas berpendapatan tinggi yang berkemampuan membayar tetapi tidak pernah berunding.
Jumlah yang terlibat hanyalah sekitar 0.7 peratus daripada keseluruhan peminjam culas, dan bukannya keseluruhan peminjam PTPTN. Hari ini, sebelum sekat, kita semak dahulu kemampuan,” jelasnya.
Beliau menjelaskan, PTPTN sentiasa membuka ruang dan peluang untuk berunding bagi memastikan kemampanan kewangan untuk generasi akan datang.
Kerajaan, katanya, akan terus mencari kaedah terbaik untuk membantu peminjam menyelesaikan pinjaman tanpa menjejaskan akses kepada pendidikan tinggi, selaras dengan komitmen memperluas peluang pendidikan kepada semua lapisan masyarakat.
Terdahulu, Timbalan Ketua Pemuda MCA, Mike Chong Yew Chuan menggesa permohonan maaf secara terbuka daripada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu kepada rakyat dan kerajaan terdahulu, khususnya Barisan Nasional (BN) kerana mempolitikkan dasar PTPTN.
Dakwanya, dasar PTPN yang dahulu digambarkan sebagai penindasan kini diakui sebagai perlu setelah Pakatan Harapan (PH) berada dalam tampuk pemerintahan.
Topic Berkaitan
#PTPTN
#Adam Adli Abd Halim
#pendidikan percuma
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan