awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Saham: USJT Bukit Aman siasat kes fitnah terhadap Azam Baki

Bernama
Bernama
14/02/2026
01:02 MYT
Isu Saham: USJT Bukit Aman siasat kes fitnah terhadap Azam Baki
Kumar berkata, siasatan masih diteruskan dan masyarakat diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA
Kes fitnah membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, Bahagian Pendakwaan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Perkara terbabit disahkan Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk M Kumar selepas pihaknya menerima laporan polis semalam berhubung pemilikan saham Azam dalam sebuah syarikat yang didakwa oleh sebuah media antarabangsa.
Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung penyiaran artikel yang diterbitkan pada 10 Feb lepas oleh media antarabangsa itu disyaki mengandungi kenyataan fitnah terhadap Azam.
“Siasatan dijalankan di bawah peruntukan kesalahan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam kenyataan semalam.
Kumar berkata siasatan masih diteruskan dan masyarakat diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit sementara polis melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini.
Pada Rabu lepas, Azam menjelaskan beliau tidak lagi memiliki sebarang saham di mana-mana syarikat dan semua urus niaga saham sebelum ini dijalankan dengan telus dan mematuhi sepenuhnya peraturan kerajaan, sambil menambah bahawa akaun dagangannya kini kosong dan boleh disahkan dengan Bursa Malaysia.
Pada Khamis, Azam memulakan tindakan undang-undang terhadap laporan Bloomberg baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai mengelirukan, berunsur fitnah dan menjejaskan reputasi beliau serta integriti suruhanjaya berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#SPRM
#USJT Bukit Aman
# saham
#Bloomberg
#tindakan undang-undang 
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan