awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang

Bernama
Bernama
20/03/2024
14:00 MYT
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Ruslin berkata JIM turut merampas wang tunai berjumlah RM688,900 selain lesen kebenaran operasi kilang, dokumen syarikat, sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan rekod perniagaan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin serta seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an yang merupakan pengarah kilang itu di Klang, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata siasatan awal mendapati kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 78 tahun itu dibayar gaji antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan, dan disediakan tempat tinggal dalam kilang yang telah beroperasi sejak dua tahun lepas itu.
"Bagi warga asing berkenaan, kesalahan jelas ialah mereka berada di negara ini tanpa pas dan permit kerja yang sah, manakala pemilik syarikat yang merupakan warga China itu pula melakukan kesalahan menggaji pendatang tanpa izin secara tidak sah di bawah Seksyen 55 (b) Akta Imigresen," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata JIM turut merampas wang tunai berjumlah RM688,900 selain lesen kebenaran operasi kilang, dokumen syarikat, sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan rekod perniagaan.
Katanya kilang berkenaan memproses barangan terpakai peralatan elektronik termasuk kabel dan wayar bagi mendapatkan tembaga serta aluminium untuk dijual semula secara pukal di pasaran tempatan dan luar negara.
Ruslin berkata semua yang ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1964 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#pendatang tanpa izin
#Klang
#kilang barangan kitar semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan