awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender

Bernama
Bernama
15/08/2023
12:27 MYT
Jabatan Penjara nafi Saifuddin Nasution terlibat urusan tender
Menurut Jabatan Penjara, lembaga perolehan untuk tender itu juga telah bersidang pada 10 Julai lepas untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya. - Gambar fail/SPA
KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menafikan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terlibat dalam urusan tender pembekalan kain penjara seperti yang ditularkan di media sosial.
Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua proses perolehan perkhidmatan dan pembekalan dilaksanakan melalui Sistem ePerolehan bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tender kerajaan.
"Tender berkenaan juga tertakluk kepada peraturan kewangan yang ditetapkan dan syarikat yang dibawa ke Lembaga Perolehan Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan telah melepasi penilaian peringkat Jawatankuasa Pembuka Tender, Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Penilaian Kewangan," menurut kenyataan itu.
Menurut Jabatan Penjara, lembaga perolehan untuk tender itu juga telah bersidang pada 10 Julai lepas untuk memuktamadkan syarikat pembekal yang berjaya.
"Oleh itu, tidak berlaku sebarang kelewatan dalam urusan tender ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#Kementerian Dalam Negeri
#Jabatan Penjara
#tender kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan