awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor

Bernama
Bernama
23/02/2024
14:19 MYT
Jadikan wira negara terkorban pembakar semangat - Ketua Polis Johor
CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat. - Gambar FB Polis Johor
MUAR: Wira negara yang terkorban ketika berkhidmat termasuklah 25 petugas keselamatan dalam tragedi di Bukit Kepong di sini perlu dijadikan pembakar semangat kepada pegawai dan anggota polis generasi baharu.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pengorbanan wira negara itu juga harus dijadikan pembakar semangat bagi rakyat negara ini dalam mempertahankan tanah air daripada pengkhianat.
"Insiden itu tidak boleh dijadikan sebagai ratapan kesedihan, sebaliknya menjadi satu perjuangan syahid yang sentiasa dicemburui.
"Peristiwa pada 23 Feb 1950 itu juga mencerminkan pengorbanan masyarakat setempat dalam bersama menjaga kedaulatan negara," katanya ketika berucap pada Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong Sempena Sambutan Hari Polis Ke-217 di Galeri Darurat Bukit Kepong di sini hari ini.
Pada majlis itu, sumbangan penghargaan turut disampaikan kepada waris-waris 11 pejuang negara yang terkorban semasa serangan di Bukit Kepong.
Untuk rekod, pada pukul 5 pagi, 23 Feb 1950, seramai 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 orang termasuk 14 anggota polis, empat pegawal kampung dan tiga polis bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#petugas keselamatan
#wira negara
#kedaulatan negara
#polis bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan