awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadual padat menanti Anwar di Singapura

Astro Awani
Astro Awani
29/01/2023
13:24 MYT
Jadual padat menanti Anwar di Singapura
Jadual padat menanti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan kerja sehari ke Singapura pada Isnin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jadual padat menanti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan kerja sehari ke Singapura pada Isnin.
Anwar yang ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangka tiba di Singapura kira-kira pukul 9.30 pagi Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.
Beliau akan bertemu pemimpin Singapura termasuk Presiden Halimah Yacob dan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong.
Anwar dan Hsien Loong juga akan menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempromosi Kerjasama dalam Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital serta dua Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital dan Ekonomi Hijau.
Selain itu, Anwar turut dijadualkan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Singapura
Ini merupakan lawatan kerja ke luar negara ketiga Anwar sejak dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh November tahun lalu.
Delegasi akan disertai Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta pegawai kerajaan dari kementerian dan agensi berkaitan.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut menyertai delegasi itu.
Astro AWANI akan menyiarkan secara langsung pertemuan Anwar dan pemimpin utama Singapura, majlis menandatangani MoU dan sidang media yang akan diadakan.
Pada 2022, Singapura adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dan terbesar dalam kalangan negara ASEAN dengan jumlah perdagangan mencatat RM367.53 bilion (AS$83.53 bilion), peningkatan 29.4 peratus berbanding nilai dicatat pada 2021.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Malaysia-Singapura
#Lee Hsien Loong
#lawatan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan