awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jagdeep Singh patah pergelangan kaki selepas diserang warga asing

Bernama
Bernama
19/06/2022
09:30 MYT
Jagdeep Singh patah pergelangan kaki selepas diserang warga asing
Jagdeep Singh mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo cedera dipercayai akibat diserang dalam kejadian Jumaat lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan suspek kini direman selama dua hari bagi membantu siasatan.
"Ya saya sahkan polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes itu," katanya namun enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut kerana dalam siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, Jagdeep berada di sebuah restoran di Tanjung Bungah, di sini apabila seorang lelaki dipercayai warga asing tidak dikenali menghampirinya dan kemudian menolaknya sehingga terjatuh.
Susulan kejadian itu, ahli politik berusia 51 tahun tersebut mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kirinya dan kini dirawat di sebuah hospital swasta di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jagdeep Singh
#anak Karpal Singh
#diserang warga asing
#Exco Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan