awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
My Warriors Run 2026: Larian amal hargai pengorbanan pahlawan negara
Konflik Asia Barat: Iran dakwa lebih 940 sekolah rosak dalam serangan AS-Israel
Konflik Asia Barat: UK tidak akan sertai AS sekat Selat Hormuz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jajaran sisihan ECRL ke Pelabuhan Kuantan siap hujung tahun ini 

Bernama
Bernama
11/03/2026
04:06 MYT
Jajaran sisihan ECRL ke Pelabuhan Kuantan siap hujung tahun ini 
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata pelaksanaan jajaran itu dijangka  mengukuhkan rangkaian logistik darat nasional, khususnya di Pantai Timur. - Gambar fail/Bernama
Pembinaan jajaran sisihan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke dalam kawasan operasi Pelabuhan Kuantan dijangka siap pada penghujung tahun ini.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata pelaksanaan jajaran itu dijangka mengukuhkan rangkaian logistik darat nasional, khususnya di Pantai Timur.
"Langkah ini juga dapat meningkatkan kapasiti pengendalian kargo di Pelabuhan Kuantan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Leong Ngah Ngah yang ingin tahu perancangan lanjut untuk menaik taraf Pelabuhan Kuantan, yang kini turut melibatkan perancangan fasa kedua.
Tahap kemajuan keseluruhan pembinaan Projek ECRL sepanjang 665 kilometer mencapai 91.7 peratus setakat Januari lepas, sejajar dengan jadual penyiapan jajaran dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak di Selangor, menjelang akhir tahun ini.
Mengulas lanjut, Hasbi berkata untuk fasa kedua, projek itu masih pada peringkat perancangan, yang antara lain merangkumi pembangunan kira-kira satu kilometer dermaga untuk pengendalian kargo kontena tambahan dan tapak simpanan kontena berkeluasan hampir 50 hektar.
"Buat masa ini, Pelabuhan Kuantan lebih memberikan tumpuan kepada usaha memantapkan operasi kargo dan kontena selaras dengan peranannya sebagai hab perdagangan utama di Pantai Timur," katanya.
Sebelum ini, pembangunan fasa satu, yang bermula pada April 2013 telah pun siap dibina dan mula beroperasi pada Ogos 2018 bagi pengendalian kargo pukal kering.
Dalam pada itu, Hasbi turut memaklumkan Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang melihat potensi pelabuhan berkenaan untuk dibangunkan sebagai hab pangkalan kapal persiaran dalam perancangan jangka panjang.
Beliau berkata langkah itu selaras dengan aspirasi kementerian untuk membantu memperkasakan pembangunan industri pelancongan maritim negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Pelabuhan Kuantan
#MOT
#kapal persiaran
#jajaran sisihan
#ECRL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan