awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakel, Ariani sumbang RM3.5 juta kepada Palestin

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2023
04:10 MYT
Jakel, Ariani sumbang RM3.5 juta kepada Palestin
Mohamed Faroz Mohamed Jakel menyerahkan replika cek sumbangan bernilai RM300,000 oleh Jakel Tekstil kepada Norma Hakim untuk disalurkan ke Tabung Viva Palestina, Malaysia.
KUALA LUMPUR: Kumpulan Jakel, Jakel Tekstil menghulurkan sumbangan berjumlah RM300,000 manakala jenama tudung Ariani menambah RM200,000, menjadikan jumlah keseluruhan RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada Pengasas Viva Palestina Malaysia, Puan Sri Norma Hakim.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, inisiatif tersebut merupakan pernyataan kebersamaan dan solidariti syarikat berkenaan untuk saudara-saudara di Gaza.
Dalam suatu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar.
“Inisiatif ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi,” jelas Mohamed Faroz.
Perang Palestin-Israel yang sudah memasuki minggu ketiga telah meragut lebih 8,000 nyawa selain menyebabkan pelbagai kemusnahan dan kerosakan harta benda.
Zionis Israel melakukan serangan bertalu-talu ke atas Gaza tanpa sebarang rasa simpati atau kemanusiaan.
Sejumlah besar negara di seluruh dunia mendesak agar gencatan senjata dilakukan, namun, Israel tetap bertegas untuk membinasakan pasukan pejuang Hamas.
Dalam mengharungi dugaan itu, kesempitan hidup masyarakat di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa.
Banyak negara telah tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan dan perubatan.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#jakel
#Ariani
#sumbangan kepada Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan