awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jakim laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2024
04:39 MYT
Jakim laksana solat jenazah ghaib buat Ismail Haniyeh
Israel menyerang kediaman Ismail di Tehran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid. - Gambar fail/ Reuters
PUTRAJAYA: Seluruh masjid di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menunaikan solat jenazah ghaib susulan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh oleh rejim Zionis.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berhubung perkara itu.
"Saya kini berada di Kaherah dan arahan telah dibuat.
"Kita dapatkan maklumat dulu. Jika dah dimandikan, saya minta semua Masjid Jakim dan Jawi untuk mengadakan solat ghaib," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, agensi berita antarabangsa melaporkan Israel menyerang kediaman Ismail di Tehran sehingga menyebabkan beliau dan seorang pegawainya syahid.
Ismail sebelum itu menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu republik Islam itu Masoud Pezeshkian pada Selasa. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Palestin
#Pemimpin hamas
#Ismail Haniyeh
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan