awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lepasan SPM perlu fahami maklumat asas sebelum mohon ke IPT - Ahmad Martadha

Astro AWANI
Astro AWANI
10/04/2026
10:07 MYT
Lepasan SPM perlu fahami maklumat asas sebelum mohon ke IPT - Ahmad Martadha
Ahmad Martadha berkata, JMU merupakan platform terbaik bagi pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, STAM dan Diploma atau setaraf, mendapatkan maklumat terperinci tentang permohonan pengajian ke peringkat lebih tinggi. - Gambar fail/UUM
Penyediaan kemudahan akses maklumat kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta kelayakan setaraf lain dapat membantu pelajar memohon tempat di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dengan lebih tepat.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 misalnya, merupakan komitmen berterusan kerajaan memperluas akses maklumat secara inklusif kepada masyarakat.
Sejak 29 Januari lalu, KPT telah menggerakkan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai maklumat kemasukan ke IPT.
Menurut Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, JMU merupakan platform terbaik bagi pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma atau setaraf, mendapatkan maklumat terperinci tentang permohonan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“UUM tahun ini menjadi tuan rumah kepada JMU zon utara (Perak Utara, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) yang berlangsung pada 11 hingga 12 April. Setakat ini, 74 buah sekolah dari zon utara telah mengesahkan kehadiran ke lokasi JMU di Dewan Mu’adzam Shah.
"Kita telah membuat persiapan rapi bagi menerima sehingga 15,000 pelajar sekolah, ibu bapa dan pengunjung. Ini adalah platform terbaik bagi mereka mendapatkan maklumat terperinci dan kaedah tepat bagi memohon tempat pengajian di IPT,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu jelasnya, 66 pempamer terdiri daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) akan membuka reruai masing-masing untuk pengunjung mendapatkan maklumat tepat.
"Setiap tahun, KPT melalui platform UPUOnline menerima ratusan ribu permohonan pelajar sekolah untuk mendapat tempat di IPT dan ini memperlihatkan pentingnya mereka mempunyai maklumat betul sebelum mengemukakan permohonan.
"Salah satu faktor kegagalan mendapat tempat di program pengajian adalah ketakpadanan kelayakan akademik dan syarat asas kursus ditetapkan terutama bagi bidang pengajian kompetitif," ujarnya.
Oleh itu katanya, adalah penting untuk pelajar memahami syarat khas setiap kursus sebelum membuat pilihan agar tidak meletakkan harapan pada program yang berada di luar julat kelayakan mereka.
“Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan sepanjang JMU 2026 zon utara ini, seperti pameran, sesi konsultasi UPUOnline, konsultasi penajaan, biasiswa, pinjaman dan bantuan kewangan pendidikan tinggi, aktiviti terjah reruai IPT, cabutan bertuah, lawatan kampus, persembahan pelajar, aktiviti bersama alumni, ruang interaktif, aktiviti keusahawanan, penstriman langsung media sosial dan banyak lagi,” jelasnya.
Katanya lagi, usaha itu adalah inisiatif bersepadu KPT bagi membantu menyalurkan maklumat dengan berkesan kepada lepasan SPM, STPM dan kelayakan lain yang setaraf menerusi pelbagai kemudahan dan aktiviti interaktif sesuai dengan peringkat usia golongan sasaran.
Topic Berkaitan
#UPUOnline
#KPT
#platform terbaik
#maklumat terperinci
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan