awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/04/2026
12:10 MYT
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah menerima dokumen berkaitan aduan berhubung dakwaan transaksi mencurigakan berjumlah RM500,000 melibatkan seorang bekas Menteri Ekonomi berkaitan projek mesin layan diri.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan telah menerima dokumen berkaitan aduan berhubung dakwaan transaksi mencurigakan berjumlah RM500,000 melibatkan seorang bekas Menteri Ekonomi berkaitan projek mesin layan diri.
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd Yusoff, berkata dokumen itu diserahkan oleh Sekretariat Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur) menerusi Pengerusi Biro Politiknya, Shahbudin Embun, yang hadir bersama Mejar Razali Zakaria kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Jelas beliau, SPRM akan meneliti dokumen berkenaan untuk tindakan selanjutnya.
"SPRM mengesahkan telah menerima aduan rasmi daripada SekPur berhubung wujud transaksi mencurigakan berjumlah RM500,000 kepada seorang bekas menteri yang melibatkan projek mesin layan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aduan itu susulan beberapa laporan media sebelum ini yang membangkitkan dakwaan bahawa sejumlah RM500,000 telah dibayar sebagai dana lobi atau politik melalui pihak perantara kepada seorang tokoh politik tertentu.
Terdahulu, Shahbudin ketika ditemui media di Ibu Pejabat SPRM berkata tindakan SekPur membuat laporan berkenaan bukan bertujuan menyerang mana-mana individu, sebaliknya untuk memastikan ketelusan dan melindungi imej kerajaan.
Laman web Malaysia Corporate mendakwa syarikat Datasonic Group Bhd, kini dikenali sebagai NexG Bhd, cuba melobi Putrajaya untuk melanjutkan kerja sedia ada berkaitan pengeluaran pasport dan MyKad.
Laporan itu mendakwa, seorang eksekutif NexG didakwa meminta sokongan bekas menteri terbabit bagi meyakinkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya memberikan lanjutan kontrak berkenaan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#bekas menteri
#transaksi
#SekPur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan