awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber dibuka hari ini

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
05/10/2022
04:30 MYT
Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber dibuka hari ini
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pembukaan Jalan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berhampiran Kilang Lee Rubber pada Rabu. - Astro AWANI
BENTONG: Penantian hampir setahun pengguna jalan raya untuk melalui Jalan Bentong-Gua Musang berhampiran Kilang Lee Rubber di sini kini berakhir apabila laluan berkenaan telah kembali dibuka hari ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembukaan laluan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berhampiran Kilang Lee Rubber itu memberi kemudahan kepada rakyat untuk mempercepatkan perjalanan dari Bentong ke Raub.
"Sebelum ini berlaku runtuhan tanah akibat hujan lebat dan banjir yang menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberi peruntukan sebanyak RM5. 168 juta bagi kerja pembaikan cerun dan jalan ini.
" Terima kasih juga kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang kerana memantau kerja pembaikan dan dapat disiapkan seperti dalam dijadualkan walaupun berlaku sedikit kelewatan kerana Monsun Timur Laut (MTL) ," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Jalan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berhampiran Kilang Lee Rubber di sini pada Rabu.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pembukaan Jalan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berhampiran Kilang Lee Rubber pada Rabu. - Astro AWANI
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Pembukaan Jalan FT008, Jalan Bentong-Gua Musang Seksyen 16 berhampiran Kilang Lee Rubber pada Rabu. - Astro AWANI
Kerja pembaikan cerun dan jalan itu telah dimulakan pada 20 Januari lepas selepas berlaku runtuhan pada November 2021.
Berlaku sedikit kelewatan disebabkan runtuhan tanah akibat hujan lebat semasa kerja pembaikan berjalan iaitu pada 18 Mac 2022.
Topic Berkaitan
#jalan bentong-gua musang
#kilang Lee Rubber
#Wan Rosdy Wan Ismail
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan