awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Marwan Barghouti alami penderaan fizikal serius – Peguam
Konflik Asia Barat: Iran tidak mahu perang, sedia berdialog – Masoud Pezeshkian
NRES di fasa akhir muktamad pindaan Akta 127, dijangka dibentang pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup, belum selamat untuk semua kenderaan

Bernama
Bernama
15/12/2021
22:00 MYT
Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands masih ditutup, belum selamat untuk semua kenderaan
Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan. - Foto fail/BERNAMA
IPOH: Laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands Seksyen 27 di sini masih ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan kerana masalah cerun akibat hujan lebat berterusan.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kinta dalam notis pemberitahuan melalui laman Facebook rasminya berkata pemeriksaan oleh Cawangan Pakar pada Rabu mendapati keadaan cerun masih belum selamat untuk dilalui kenderaan sehingga kerja-kerja pembersihan runtuhan tanah dijalankan sepenuhnya.
"Notis penutupan ini disambung bermula Rabu sehingga ke tarikh yang akan dimaklum kelak.
Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali," kata JKR Daerah Kinta dalam kenyataan itu pada Rabu.
Katanya pengguna jalan raya diingatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda keselamatan di tapak serta pihak berwajib.
Pada 2 Dis lepas, dua maut selepas kenderaan dinaiki iaitu Toyota Alphard dan sebuah lori tertimbus dalam runtuhan tanah menyebabkan laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands
#JKR
#Kinta
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan