awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Tun Sardon dibuka semula 8 malam ini - Exco

Bernama
Bernama
31/10/2025
11:45 MYT
Jalan Tun Sardon dibuka semula 8 malam ini - Exco
Jalan P14 Jalan Tun Sardon dibuka semula kepada lalu lintas bermula 8 malam ini selepas ditutup akibat runtuhan cerun sejak petang 23 Okt. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Jalan P14 Jalan Tun Sardon, dekat sini dibuka semula kepada lalu lintas bermula 8 malam ini selepas ditutup akibat runtuhan cerun sejak petang 23 Okt.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kerja membersihkan jalan termasuk kerja pemecahan batuan serta pengalihan dahan dan pokok disiapkan pada 5 petang tadi.
"Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas di tapak supaya jalan itu dapat dibuka semula dengan berbaki sedikit lagi kerja di tapak (justeru) jalan akan dibuka semula bermula 8 malam.
"Bagaimanapun, kerja pemasangan kanvas bagi menutup runtuhan cerun baru mencapai 70 peratus dan masih terus dilaksanakan di tapak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil berkata pengguna jalan raya diminta mengikut pelan pengurusan trafik (TMP) di sepanjang laluan itu dan memandu dengan berhati-hati.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalan P14 Jalan Tun Sardon
#dibuka semula
#Runtuhan cerun
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan