awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan utama Pulau Pangkor retak, MB arah tindakan segera

Bernama
Bernama
30/11/2025
15:30 MYT
Jalan utama Pulau Pangkor retak, MB arah tindakan segera
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengarahkan tindakan segera diambil untuk memulihkan kerosakan jalan utama di Pulau Pangkor yang retak susulan hujan lebat berterusan di lokasi itu sejak beberapa hari lepas. - Foto FB Saarani Mohamad
IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengarahkan tindakan segera diambil untuk memulihkan kerosakan jalan utama di Pulau Pangkor yang retak susulan hujan lebat berterusan di lokasi itu sejak beberapa hari lepas.
Beliau berkata arahan itu telah diberikan kepada Pegawai Daerah Manjung selepas mengadakan tinjauan di lokasi kejadian untuk melihat kerosakan jalan utama berkenaan yang telah menjejaskan laluan penduduk setempat.
"Saya telah meminta Pegawai Daerah Manjung mengambil tindakan sewajarnya serta melaksanakan proses pemulihan sesegera mungkin," katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.
Dalam pada itu, Saarani turut meninjau lokasi berhampiran yang turut terjejas, iaitu kejadian tanah runtuh di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan, Pulau Pangkor yang menimbulkan kebimbangan pelajar, guru dan ibu bapa.
"Pihak jabatan teknikal juga telah diminta melakukan penilaian menyeluruh bagi memastikan kawasan ini benar-benar selamat sebelum sebarang aktiviti pembelajaran diteruskan. Pada masa genting begini, soal keselamatan mesti jadi keutamaan.
"Mudah-mudahan keadaan menjadi semakin baik, dan segala usaha pembaikan dipermudah. Insya-Allah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pulau Pangkor
#jalan utama retak
#Menteri Besar Perak
#Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan