awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalankan latihan silat ketika PKP, lapan lelaki dikompaun

Fareez Azman
Fareez Azman
16/06/2021
12:01 MYT
Jalankan latihan silat ketika PKP, lapan lelaki dikompaun
Kegiatan itu dikesan pihaknya selepas sepasukan anggota polis dari IPD Petaling Jaya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan pada jam 12.10 tengah malam. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Gara-gara menjalanikan latihan silat tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP), seorang penganjur dikenakan kompaun RM10,000 manakala tujuh lagi individu dikompaun RM2,000 setiap seorang di sebuah rumah di Bandar Utama, pada tengah malam Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid kegiatan itu dikesan pihaknya selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan pada jam 12.10 tengah malam.
"(Ketika) pemeriksaan di ruangan tingkat atas rumah terbabit, pihak polis mendapati sekumpulan individu sedang menjalankan aktiviti latihan persilatan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
"Pihak polis telah mengeluarkan kompaun RM10,000 kepada penganjur manakala tujuh lagi pengunjung dikenakan kompaun RM2,000 seorang," jelasnya dalam kenyataan media pada Rabu.
Katanya, kesemua yang dikompaun berusia dalam lingkungan 26 hingga 51 tahun.
Mereka dikompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2021 kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.
"Justeru pihak PDRM memberi amaran kepada orang ramai supaya mematuhi PKP 3.0.
"Kegagalan mematuhi arahan ini membolehkan orang ramai dikompaun atau ditangkap dan seterusnya didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang," tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#PDRM
#SOP
#Petaling Jaya
#undang-undang
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Majlis Keselamatan Negara
#penyakit berjangkit
#jangkitan
#MKN
#silat
#ingkar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan