awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamaluddin Jarjis yang saya kenali - Wee Ka Siong

Astro Awani
Astro Awani
05/04/2015
03:18 MYT
Jamaluddin Jarjis yang saya kenali - Wee Ka Siong
Tan Sri Jamaluddin yang saya kenali adalah seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea mengenai percaturan politik.
Saya berasa amat terkejut dan sedih sebaik menerima berita Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih.
Kali terakhir saya bertemu dengan Tan Sri Jamaluddin ialah ketika saya duduk di sebelahnya di majlis Akad Nikah anak Perdana Menteri di Sri Perdana pada 19 Mac lalu.
Kali terakhir saya berbual dengannya di telefon ialah pada 29 Mac lalu ketika saya menghadiri Persidangan Inter Parliamentary Union (IPU) di Hanoi.
Dalam perbualan telefon itu beliau berpesan beberapa strategi untuk menangani situasi politik terkini.
Beliau juga mengatakan mahu berjumpa minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara yang mendesak berhubung projek PRIMA.
Tan Sri Jamaluddin yang saya kenali adalah seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea mengenai percaturan politik. Beliau, bagi saya ibarat seorang abang yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada adiknya.
Saya kali pertama mengenalinya dengan rapat apabila beliau menjadi Menteri MOSTI. Dari situ saya mengamati JJ sebagai seorang teknokrat yang berpengetahuan luas.
Sejak saya jadi Ahli Parlimen biasa, dari semasa ke semasa beliau memberi nasihat bagaimana untuk menjadi MP yang kritikal tapi konstruktif.
Semasa Rang Undang-Undang PR1MA dibentangkan kami berbincang tentang kandungan serta implikasi. JJ sedia mendengar & meminda mana-mana yang munaabah.
Sejak setahun ini kami sering berbincang mengenai projek PR1MA di Johor, khasnya di kawasan parlimen Ayer Hitam.
Bagi saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat.
Kepada keluarga Tan Sri Jamaluddin saya mengucapkan takziah dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini.
Saya juga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dato Azlin.
Topic Berkaitan
#Jamaluddin Jarjis
#semenyih helicopter crash
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan