awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan gantung Kampung Mansiang akan dibuat dalam waktu terdekat - ADUN Tulid

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
28/07/2022
12:15 MYT
Jambatan gantung Kampung Mansiang akan dibuat dalam waktu terdekat - ADUN Tulid
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pembinaan jambatan itu sudah tersenarai dalam peruntukan ADUN.- Gambar Fail
KUALA LUMPUR : Pembinaan jambatan gantung buat masyarakat di Kampung Mansiang Baru Keningau di Sabah akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.
Tanpa mendedahkan masa yang spesifik, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tulid, Flovia Ng memberitahu kemudahan jambatan buat penduduk di kampung itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
Jawapan ini diberikan susulan daripada kekangan murid dari kampung itu yang terpaksa berhadapan dengan bahaya menyeberang sungai dengan berpaut pada batang paip besi yang licin untuk ke sekolah, seperti yang tular di media sosial.
BACA: Berpaut pada batang paip, terpaksa rentas arus deras untuk timba ilmu
"Terima kasih kerana bertanya, sememangnya jambatan gantung untuk Kampung Mansiang sudah tersenarai dalam pelaksanaan melalui peruntukan ADUN.
"Kelulusan dari KPLB sudah dikeluarkan dan dalam masa terdekat ini akan dilaksanakan," katanya ringkas kepada Astro AWANI.
Baru-baru ini tular video berdurasi 35 saat yang memaparkan kepayahan murid-murid dari kampung itu untuk ke sekolah.
Mereka dilihat berpaut pada batang paip menyeberang arus deras di laluan yang sama.
Penduduk mendakwa, mereka dijanjikan jambatan baharu pada April yang lalu, namun kelibat pembinaan masih belum ada.
Topic Berkaitan
#jambatan
#Kemudahan penduduk
#bahaya
#Kampung Mansiang Baru Keningau
#Flovia Ng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan