awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis

Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/02/2026
15:54 MYT
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak agar tidak bertindak di luar batas perundangan ketika berdepan isu sensitif termasuk melibatkan rumah ibadat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak agar tidak bertindak di luar batas perundangan ketika berdepan isu sensitif termasuk melibatkan rumah ibadat.
Perdana Menteri menegaskan Malaysia berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mengambil tindakan sendiri.
Tegasnya, sebarang rasa tidak puas hati perlu disalurkan melalui mekanisme yang betul seperti membuat laporan kepada pihak polis atau membawa perkara ke mahkamah.
“Negara ini mesti ditadbir berlandaskan undang-undang, bukan mengikut kehendak mana-mana pihak. Gunakan saluran yang sah dan jangan bertindak sendiri.
"Malaysia ini pelbagai kaum dan juga pelbagai budaya dengan pelbagai adat kekuatan. Akan tetapi kalau kita berpecah dan pandang ringan maka mungkin boleh menimbulkan unsur-unsur ketegangan dalam kalangan kita sendiri," katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina ACCCIM, di sini pada Selasa.
Anwar berkata, perbezaan pandangan dan pertikaian yang timbul dalam masyarakat perlu ditangani secara tertib melalui proses perundangan agar tidak menimbulkan ketegangan atau menggugat perpaduan.
“Pendirian ini menegaskan kepentingan kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik serta keharmonian masyarakat majmuk.
"Semua perlu tahu peraturannya apa yang boleh dan tidak boleh. Tetapi kita perlu tangani dengan baik sesuatu perkara dan jangan menghina amalan semua kaum. Ya, sememangnya timbul pelbagai isu, kontroversi dan perbezaan… namun keutamaan kita adalah memastikan kestabilan terpelihara, kesucian kepercayaan kita dihormati serta pada masa yang sama memelihara perpaduan sejagat," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa telah diarahkan supaya mengambil tindakan tegas terhadap sebarang pelanggaran undang-undang bagi memastikan ketenteraman awam dan keharmonian negara terus terpelihara.
Menyentuh isu berkaitan rumah ibadat yang tidak mengikut peraturan serta cadangan pembinaan ladang babi yang hangat diperkatakan di Selangor kebelakangan ini, beliau berkata perkara itu perlu ditangani dengan baik dan penuh hormat.
Topic Berkaitan
#rumah ibadat
#patuhi undang-undang
#Jangan berbalah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.