awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan campur tangan urusan PDRM" - PM beri amaran kepada 'pihak berpengaruh'

Bernama
Bernama
25/03/2026
08:07 MYT
"Jangan campur tangan urusan PDRM" - PM beri amaran kepada 'pihak berpengaruh'
Anwar merasmikan majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan amaran keras kepada mana-mana pihak berpengaruh supaya tidak mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tindakan undang-undang, khususnya membabitkan sindiket jenayah berskala besar.
Beliau berkata kecenderungan pihak tertentu yang cuba melindungi individu atau kumpulan berpengaruh sebelum ini hanya menyukarkan tugas pasukan keselamatan itu dalam menguatkuasakan undang-undang.
“Jangan ada campur tangan menghalang tindakan oleh PDRM dan badan penguat kuasa. Kadang-kadang yang melindungi itu orang-orang berpengaruh. Ini menyukarkan kerja PDRM.
“Saya memberikan satu arahan yang sangat jelas, kalau benar kita mahu bertindak, kita juga memberikan nasihat kepada semua yang lain agar jangan sesekali menghalang," kata beliau ketika berucap pada majlis sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta pengarah-pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Topic Berkaitan
#Hari Polis 2026
#Anwar Ibrahim
#Ketua Polis Negara
#Jenayah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan