awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan budaya Barat acuan corak masa depan negara - TPM

Bernama
Bernama
27/11/2016
07:45 MYT
Jangan jadikan budaya Barat acuan corak masa depan negara - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika merasmikan Persidangan Mahasiswa Nasional 2016 di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto Bernama
Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya Barat untuk dijadikan acuan dalam mencorakkan masa depan negara, kata Timbalan Perdana Menteri.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun sesuatu perkara itu dianggap baik di Barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara ini.
"Mungkin ada yang boleh kita pinjam untuk pakai dalam sistem kita, tetapi untuk memaksa sistem luar seratus peratus dijadikan acuan negara, mungkin tidak sesuai.
"Wajah dan rupa negara bukan boleh dicorak orang luar, kita yang perlu berikan wajah sebenar. Kita tidak izinkan orang lain untuk mencorakkannya, hanya kita sahaja yang boleh mencorakkan masa depan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 4.0 sempena Perhimpunan Agung UMNO, di sini, hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden berkata golongan mahasiswa dalam dan luar negara perlu sentiasa berwaspada dengan aspek negatif dari barat yang mengenepikan hukum agama, nilai ketimuran serta mampu merosakkan institusi sosial.
Beliau berkata ini kerana ada yang cenderung menjadikan nilai-nilai negatif sebagai acuan di negara ini kerana menganggap nilai ketimuran merupakan sesuatu yang jumud atau konvensional.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pandangan berbeza yang diutarakan generasi muda perlu diambil kira kerana golongan itu berada di garisan hadapan masyarakat dan dekat dengan denyut nadi rakyat.
Mengulas mengenai Pemanas, beliau berkata persidangan itu yang memasuki tahun keempat penganjurannya merupakan platform terbaik di luar suasana akademik di kampus yang boleh digunakan untuk generasi muda melontar pandangan dan mengupas isu semasa. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#budaya barat
#Pemanas
#Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional
#Timbalan Perdana Menteri
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan