awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan hantar jet pejuang ke Arab Saudi di tengah gencatan senjata AS–Iran yang rapuh
Parlimen Iraq pilih ahli politik Kurdistan, Nizar Amedi sebagai Presiden
Penyokong kerajaan adakan perhimpunan di Tehran ketika rundingan damai berlangsung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan institusi pengajian tinggi platform berpolitik - Sultan Kedah

Bernama
Bernama
09/11/2025
09:15 MYT
Jangan jadikan institusi pengajian tinggi platform berpolitik - Sultan Kedah
Sultan Sallehuddin yang juga Tuanku Canselor UUM menegaskan universiti haruslah menjadi jambatan perpaduan, bukannya tembok perpecahan. - Gambar/ Bernama
SINTOK: Institusi pengajian tinggi tidak seharusnya dijadikan sebagai platform berpolitik kerana institusi itu ialah tempat bagi mencari ilmu dan bukannya medan untuk menabur fitnah, titah Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Andai ilmu dijadikan alat untuk berpolitik dan fitnah, perkara itu akan memusnahkan kepercayaan rakyat dan merencatkan masa depan generasi akan datang.
"Beta menyeru agar semua pihak hendaklah bersatu dalam memastikan institusi pengajian tinggi di Malaysia berintegriti dan berpaksikan kebenaran," titah baginda pada Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-38 di Dewan Mu'adzam Shah, di sini hari ini.
Sultan Sallehuddin yang juga Tuanku Canselor UUM menegaskan universiti haruslah menjadi jambatan perpaduan, bukannya tembok perpecahan.
Dalam pada itu, Sultan Sallehuddin menzahirkan rasa bangga akan pencapaian UUM yang kini berada di tangga ke-491 terbaik dunia dan unggul dalam bidang pendidikan berkualiti serta inovasi.
Baginda turut merakamkan ucapan tahniah kepada 6,832 graduan yang menerima ijazah masing-masing dalam sembilan sesi konvokesyen UUM bermula dari hari ini hingga 13 Nov.
Dalam titah ucapan baginda, Sultan Sallehuddin menasihati graduan supaya menggunakan ilmu dengan kebijaksanaan serta menjadi individu yang membina dan menyatukan masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#UUM
#ipta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan