awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadikan pendidikan 'bola sepak' dalam politik - Rafidah Aziz

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
29/06/2019
20:00 MYT
Jangan jadikan pendidikan 'bola sepak' dalam politik - Rafidah Aziz
Rafidah berkata, sekolah jenis kebangsaan tidak perlu ditutup secara paksaan kerana ia hanya akan mengundang kontroversi.
Jangan cuba politikkan hal pendidikan di negara ini.
Demikian tegas Tan Sri Rafidah Aziz, sambil menyatakan, bidang pendidikan adalah berkenaan masa hadapan negara dan setiap orang perlu realistik mengenainya.
Kata bekas menteri Kabinet itu, pendidikan perlu dilihat sebagai satu faedah buat pembangunan generasi sekarang dan generasi akan datang.
"Jangan politikkan pendidikan. Jangan jadikan ia bola sepak dalam politik.
"Pendidikan adalah masa depan negara ini dan masa depan generasi muda. Kita jangan politikkannya. Kita perlu realistik mengenainya supaya ia memberi faedah kepada generasi baru.
"Pastikan pendidikan menyumbang kepada pembangunan negara, bukan ke belakang," katanya dalam satu forum bertajuk ‘Keadaan Terkini Sistem Pendidikan Negara dan Cara Maju Ke Hadapan’ anjuran pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) dan Persatuan Patriot Kebangsaan di Universiti Malaya pada Sabtu.
Mengulas mengenai sistem persekolahan vernakular, Rafidah berkata, sekolah jenis kebangsaan (SJK) tidak perlu ditutup secara paksaan kerana ia hanya akan mengundang kontroversi.
"Anda tidak boleh hapuskan (SJK) secara begitu sahaja, ia perlukan masa.
“Kebanyakan SJK Cina dan India yang berada di estet, lama kelamaan akan tutup dengan sendirinya sekiranya tidak ramai yang menghantar anak-anak ke situ dan ibu bapa mula menghantar anak ke sekolah di bandar.
"Tidak perlu politikkan hal ini. Kelak nanti ramai yang akan terasa. Orang Melayu pun ramai yang hantar anak ke sekolah Cina," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pembangunan negara
#pendidikan
#politik
#Rafidah Aziz
#sekolah
#Sekolah Jenis Kebangsaan
#SJKC
#SJKT
#tutup sekolah
#vernakular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan