awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan mempolemikkan kejadian kapal nelayan ditenggelamkan - Hishammuddin

Bernama
Bernama
10/01/2015
14:47 MYT
Jangan mempolemikkan kejadian kapal nelayan ditenggelamkan - Hishammuddin
HISHAMMUDDIN: Semua pihak diminta tidak mempolemikkan kejadian sebuah kapal nelayan milik Malaysia yang ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia. -Gambar fail
Semua pihak diminta tidak mempolemikkan kejadian sebuah kapal nelayan milik Malaysia yang ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia demi menjaga hubungan baik antara kedua-dua negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata pihaknya percaya agensi yang berkaitan dengan perkara itu sudah melakukan siasatan mengenainya dan akan dibawa ke kabinet atau Majlis Keselamatan Negara.
"Kementerian Pertahanan belum menerima laporan terperinci mengenainya. Walaupun jangan timbulkan polemik, namun, ini tidak bermakna kedudukan hak dan keselamatan, kita akan abaikan," katanya.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Himpunan Jalinan Rakyat Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sembrong, di sini, hari ini.
Kementerian Luar hari ini mengesahkan sebuah kapal nelayan milik Malaysia dengan nombor pendaftaran PKFA 7738 ditenggelamkan pihak berkuasa Indonesia kerana menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di kawasan perairan negara itu dua hari lepas.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menegaskan amat penting bagi Malaysia menjaga hubungan rapat dengan negara-negara Asean memandangkan Malaysia merupakan Pengerusi Asean tahun ini.
Beliau berkata setakat ini hubungan ketenteraan Malaysia dan Indonesia sangat erat malah beliau dan rakan sejawatannya juga ada berhubung mengenai insiden pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
#Inonesia
#kapal asing
#tenggelam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan