awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan mudah terpengaruh dengan pembangkang berkaitan masalah elektrik, air - Joniston

Bernama
Bernama
18/05/2023
16:23 MYT
Jangan mudah terpengaruh dengan pembangkang berkaitan masalah elektrik, air - Joniston
Joniston berkata tindakan pembangkang yang menuding jari dan cuba meletakkan kesalahan terhadap Hajiji semata-mata adalah bersifat politik. - Gambar fail
TUARAN: Rakyat Sabah digesa berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan cubaan pembangkang untuk menyalahkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan pentadbirannya berkaitan gangguan bekalan elektrik dan air berlarutan yang menjejaskan sebahagian kawasan di negeri ini.
Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Joniston Bangkuai menekankan keperluan untuk mengelak daripada membuat pertimbangan terburu-buru dan melihat keadaan itu secara objektif dengan mempertimbangkan kerumitan dalam menguruskan utiliti penting berkenaan.
Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata tindakan pembangkang yang pantas menuding jari dan cuba meletakkan kesalahan terhadap Hajiji semata-mata adalah bersifat politik malah mereka juga pernah memimpin negeri itu sebelum ini serta sudah biasa dengan berbagai-bagai cabaran.
"Ketua Menteri telah bekerja keras bagi menangani isu ini (elektrik dan air) dan memastikan rakyat Sabah menerima akses kepada keperluan seperti bekalan elektrik dan air.
"Adalah penting untuk mengiktiraf pelaburan dan inisiatif penting berterusan yang dilaksanakan oleh pentadbiran semasa bagi menambah baik infrastruktur Sabah dan memastikan bekalan utiliti yang boleh dipercayai," katanya.
Joniston yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Ahli Jawatankuasa PBS Cawangan Kiulu di sini pada Khamis.
Beliau menegaskan bahawa komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air di Sabah mencerminkan pendirian positif kerajaan Persekutuan terhadap kepimpinan Hajiji yang juga Pengerusi GRS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#pelaburan
#pembangkang
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan