awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan sampai ikat perut, UNIMAS buka peluang pelajar buat kerja sambilan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
25/03/2019
07:32 MYT
Jangan sampai ikat perut, UNIMAS buka peluang pelajar buat kerja sambilan
UNIMAS memperkenalkan inisiatif untuk menangani masalah pelajar yang terpaksa berlapar kerana kekurangan wang belanja. - Web Unimas
Bank makanan atau food bank adalah antara usaha bagi membantu masalah pelajar yang tidak mempunyai kuasa belanja yang mencukupi hingga terpaksa mengikat perut.
Menyedari masalah berkenaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memperkenalkan cara lain untuk menanganinya iaitu dengan membuka peluang kepada pelajar melakukan kerja sambilan di universiti itu.
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni/HEPA) UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata itu adalah ikhtiar UNIMAS bagi membantu pelajar yang mengalami kesempitan hidup.
Menurutnya, pelajar yang bekerja di kafe berpeluang mendapat makanan dan juga upah bekerja mengikut kesesuaian waktu masing-masing.
Antara ikhtiar lain UNIMAS adalah dengan memberikan bantuan bantuan antara RM100 hingga RM500 melalui Tabung Kebajikan Pelajar, bantuan yuran pengajian dan kolej, bantuan khas musibah, serta bantuan pakej kos makanan yang berpatutan.
Topic Berkaitan
#Hal Ehwal Pelajar dan Alumni HEPA
#Sarawak
#Tabung Kebajikan Pelajar
#Timbalan Naib Canselor UNIMAS
#Unimas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan