awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terkejut, jejaka warga Afrika ini fasih berbahasa Melayu

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/08/2019
13:11 MYT
Jangan terkejut, jejaka warga Afrika ini fasih berbahasa Melayu
Mr Febri terkejut apabila penumpang berkenaan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dialek Sarawak. - Gambar YouTube/Mr Febri
JIKA anda berjumpa dengan pelancong dari luar negara sudah semestinya anda akan bertutur dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan komunikasi bersama mereka.
Namun lain pula cerita di Sarawak, apabila lelaki warga Afrika ini mampu bertutur dalam bahasa Melayu dialek Sarawak dengan fasih.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik personaliti YouTube, Mr Febri, dia dilihat memulakan perbualan dalam bahasa Inggeris dengan seorang 'penumpang' warga asing.
Bagaimanapun, Mr Febri terkejut apabila penumpang berkenaan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dialek Sarawak.
Antara yang menjadi topik perbualan mereka ialah bagaimana dia mula bertutur dalam bahasa Melayu, sudah berapa lama tinggal di Sarawak, dan pendapatnya mengenai negeri itu.
Menurut jejaka tersebut, perkara yang membuatkannya ingin belajar bertutur bahasa Melayu, ialah untuk kemudahan berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.
Jejaka yang berumur 17 tahun itu kini sedang menuntut di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kota Samarahan.
Dalam video tersebut, dia turut menceritakan serba sedikit latar belakang hidupnya.
Video yang dimuat naik di laman YouTube berdurasi lebih 20 minit itu telah mendapat perhatian netizen dan telah mendapat sebanyak 17,000 tontonan dalam masa empat hari sejak ia dimuat naik pada 14 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Bahasa Melayu
#dialek Sarawak
#Febri
#jejaka warga Afrika
#warga Afrika cakap Sarawak
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan